Mazhab Tsauri

Mazhab Ats-Tsauri (bahasa Arab: الثوري) merupakan mazhab fiqh dari Islam Sunni yang berusia pendek yang dinisbahkan kepada pemahaman fiqh Imam Sufyan Ats-Tsauri, seorang ulama tersohor, ahli fiqih, dan pengumpul hadis pada abad ke-2 H.[1].Setelah Imam Ats-Tsauri berhijrah ke Basrah, Iraq semasa akhir hayatnya, pemahaman fiqhnya menjadi lebih dekat kepada orang-orang Umaiyyah dan Imam Al-Auza'i[1].Beliau menghabiskan sisa hidupnya dalam persembunyian setelah berselisih dengan Khalifah Muhammad bin Mansur Al-Madi dari Kerajaan Bani Abbasiyah. Setelah beliau meninggal dunia, mazhabnya diteruskan oleh murid-muridnya, yang terkenal adalah Yahya Al-Qattan[1]. Namun begitu mazhab Ats-Tsauri tetap tidak berjaya dipertahankan, akan tetapi pemahaman fiqhnya khusus periwayatan hadisnya sangat dihargai di dalam Islam dan mempengaruhi seluruh mazhab yang ada.